Pedoman, Budaya Kerja & Kompas Organisasi

MANHAJ SAFi

Teras Perjalanan

Membina Perjalanan dengan Amanah

Teras Pembangunan

Membina Insan dengan Ilmu

Teras Perkhidmatan

Menuntut Keredhaan dalam Ibadah

Teras Matlamat

Mengejar Keberkatan dalam Amal

MUQADDIMAH

Segala puji bagi Allah SWT dengan segala puji-pujian yang baik-baik, Tuhan yang Maha Kuasa, Tuhan yang Maha Mencipta, Pemilik segala ciptaanNya serta Pentadbir sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga Baginda, para sahabat serta mereka yang istiqamah mengikuti sunnah Baginda hingga ke hari kiamat.

Asas Keyakinan Penubuhan SAFi

"SAFi ditubuhkan atas asas keyakinan bahawa setiap perjalanan bukan sekadar membawa manusia dari satu destinasi ke destinasi yang lain, bahkan :"

Menghubungkan Hati Kepada Sebuah Pengalaman
Menyuburkan Jiwa Dengan Sebuah Penghayatan
Menghadirkan Makna Dalam Setiap Langkah Kehidupan

Medan Khidmat & Ukhuwah

Kami meyakini bahawa industri pelancongan bukan sekadar ruang untuk menjalankan urus perniagaan, tetapi medan untuk memberi khidmat, membina ukhuwah, menyebarkan nilai-nilai baik dan murni serta menyantuni setiap insan dengan penuh amanah, ihsan dan kasih sayang.

Ekosistem Perkongsian Manfaat

Atas dasar itulah SAFi memilih untuk membangunkan sebuah organisasi yang bukan sahaja menawarkan produk dan perkhidmatan pengembaraan dan pelancongan dunia semata-mata, bahkan membina sebuah ekosistem perkongsian manfaat yang menghubungkan syarikat, konsultan dan pelanggan melalui prinsip wakalah, ta’awun, keadilan serta muamalah yang patuh syariah.

Kami percaya bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar diukur melalui keuntungan, tetapi melalui sejauh mana manfaat dapat dikongsi, amanah dapat dipelihara, keredhaan dapat dicapai dan keberkatan dapat diraih oleh semua yang bersama dalam perjalanan ini. Inilah keyakinan yang menjadi asas kepada lahirnya MANHAJ SAFi sebagai pedoman, budaya kerja dan kompas yang memandu setiap langkah struktur dan organisasi menuju redha Allah SWT.

Paksi & Landasan Kembara

FALSAFAH PENUBUHAN

SAFi diasaskan atas kefahaman bahawa setiap perjalanan mempunyai tujuan yang lebih besar daripada sekadar sampai ke destinasi. Destinasi hanyalah penghujung sebuah perjalanan atau pengembaraan, sedangkan nilai sebenar sebuah kembara terletak pada ilmu yang dipelajari, pengalaman yang dikutip, ukhuwah yang terjalin serta ibrah yang membentuk insan.

"Perjalanan Ialah Ruang Untuk Mengenal Kebesaran Tuhan, Memperkukuh Ukhuwah Sesama Insan, Menimba Pengalaman, Mengutip Ibrah Serta Membentuk Insan Yang Berhati Baik Dan Lebih Mulia."

Kami percaya bahawa apabila setiap urusan dilaksanakan dengan ilmu, adab, integriti dan keikhlasan, maka setiap perjalanan akan menjadi pengalaman yang bermakna, setiap hubungan akan melahirkan kepercayaan dan setiap kejayaan akan menjadi manfaat kepada semua.

5 Tunjang Utuh SAFi

1. Amanah Tunjang Perkhidmatan
2. Wakalah Ikatan Akujanji
3. Ta’awun Budaya Organisasi
4. Keadilan Asas Muamalah
5. Redha & Berkat Matlamat Tertinggi
Keperibadian & Ikrar

IDENTITI SAFi

Motto Utama

Teman Perjalanan Anda ke Serata Dunia.

Setia Menemani & Membimbing Setiap Langkah Destinasi
Manifesto Jenama
  • Setia Menemani
  • Membimbing dengan Ilmu
  • Menyantuni dengan penuh Adab
  • Mengiringi Setiap Langkah Duyufur Rahman dengan Hati yang luhur
"Mengembara Meneroka Dunia dengan Penuh Makna, Melakar Memori Indah yang Kekal Terpahat di Hati."
Ikrar & Janji Utama

Kami berikrar bahawa setiap amanah akan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, telus dan jujur, profesionalisme dan ikhlas.

Janji Yang Tidak Akan Berubah
“Kesempurnaan Ibadah Anda, Keutamaan Kami.”
Prinsip Budaya Kerja

8 NILAI-NILAI TERAS

01 — Teras Kepercayaan

Amanah

Menjalankan setiap tanggungjawab dengan penuh integriti, kejujuran dan rasa bertanggungjawab.

02 — Ikatan & Kepatuhan

Wakalah

Ikatan amanah lahir daripada kepercayaan untuk menjaga nama baik organisasi dan memelihara hak semua pihak.

03 — Kebersamaan

Ta’awun

Mengutamakan budaya saling membantu, saling menguatkan dan saling memajukan demi manfaat bersama.

04 — Santuni Hikmah

Ihsan

Memberikan perkhidmatan terbaik dengan penuh kasih sayang, adab dan profesionalisme.

05 — Asas Muamalah

Keadilan

Memastikan setiap urusan dan agihan manfaat dilaksanakan secara adil, telus, saksama dan berdasarkan usaha.

06 — Martabat Jatidiri

Profesionalisme

Mengurus setiap amanah dengan ilmu, kompetensi, disiplin dan komitmen yang tinggi.

07 — Pemacu Kemajuan

Inovasi

Memanfaatkan teknologi secara berterusan demi meningkatkan kecekapan bekerja dan pengalaman pelanggan.

08 — Matlamat Kemuncak

Keberkatan

Menjadikan keredaan Allah SWT sebagai matlamat tertinggi dalam setiap perancangan, tindakan dan kejayaan.

Halatuju Organisasi

VISI & MISI

Visi Utama

Menjadi sebuah organisasi pelancongan dan pengembaraan bertaraf global yang dipercayai, berpaksi kepada norma dan nilai-nilai Islam, profesional dan diberkati.

Membina ekosistem perjalanan serta perkongsian manfaat berteraskan amanah, wakalah, ta’awun, inovasi dan muamalah patuh syariah yang mampu merentasi pasaran rantau Asia dan Antarabangsa.

Liputan Pasaran Rantau Asia & Antarabangsa:
Brunei Indonesia Selatan Thailand Singapura Antarabangsa

6 Misi Utama SAFi

1

Menyediakan produk dan perkhidmatan pelancongan yang berkualiti, diyakini dan bermakna.

2

Menemani, membimbing dan menyantuni setiap langkah Duyufur Rahman sehingga ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih tenang, teratur dan sempurna.

3

Membina organisasi yang menggabungkan budaya ilmu, profesionalisme, nilai-nilai Islam dan keadilan dalam muamalah sebagai budaya kerja dan identiti SAFi.

4

Melahirkan jaringan Konsultan SAFi yang berintegriti, berilmu, berdaya saing, berjiwa khidmat serta mengamalkan budaya ta’awun dalam mengejar reda Allah SWT.

5

Memperkasa Sistem Perkongsian Manfaat (SPM) sebagai sistem pengurusan jaringan yang telus, adil, selamat, berteknologi dan patuh syariah.

6

Memanfaatkan teknologi digital dan inovasi secara berterusan bagi memperkukuh organisasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan.

Prinsip Syariah

PRINSIP MUAMALAH, WAKALAH DAN TA’AWUN

• SAFi meyakini bahawa setiap rezeki adalah anugerah Allah SWT yang perlu diurus melalui akad muamalah yang sah, adil, diredhai dan diberkati.

Kami menolak segala bentuk syubhah, penindasan, manipulasi, gharar, kezaliman dan unsur-unsur yang bercanggah dengan syariah.

• Kami mengangkat budaya wakalah dan ta’awun sebagai asas hubungan sesama warga SAFi demi melahirkan organisasi yang lebih kukuh, dipercayai dan diberkati.

• Keberkatan rezeki terletak pada sejauh mana ia diurus dengan amanah, dikongsi dengan adil dan dimanfaatkan pada jalan yang diredai Allah SWT.

"Muamalah yang benar bukan hanya melahirkan keuntungan, bahkan membina kepercayaan sebagai asas kelangsungan organisasi."
Sistem Perkongsian Manfaat

FALSAFAH SISTEM PERKONGSIAN MANFAAT (SPM)

Sistem Perkongsian Manfaat (SPM) SAFi ialah sebuah sistem pengurusan jaringan konsultan yang dibangunkan berasaskan prinsip wakalah, ta’awun, keadilan serta perkongsian manfaat.

Sistem ini menggabungkan keupayaan manusia, kecekapan teknologi, pengurusan rangkaian serta mekanisme agihan manfaat yang telus dan patuh syariah bagi memastikan setiap konsultan menerima hak mereka secara adil berdasarkan usaha, sumbangan dan kelayakan.

SPM bukan sekadar sistem pemasaran. Ia merupakan wadah pembangunan insan, pengukuhan ukhuwah dan perkongsian rezeki yang dibina atas asas amanah, keadilan, keberkatan dan keredhaan.
✓ Telus & Adil ✓ Kecekapan Teknologi ✓ Patuh Syariah
Komitmen Layanan

PIAGAM PERKHIDMATAN

Teras 1

Setiap Pelanggan Adalah Amanah.

Teras 2

Setiap Perjalanan Adalah Tanggungjawab.

Teras 3

Setiap Layanan Adalah Ibadah.

Oleh itu SAFi beriltizam untuk:

Memberikan layanan yang baik, mesra, profesional dan penuh hormat.
Menyampaikan maklumat dengan jelas, tepat dan telus.
Menyediakan bimbingan sebelum, semasa dan selepas perjalanan.
Mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelanggan.
Mengurus setiap amanah dengan penuh integriti serta mematuhi prinsip Syariah.
Memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman yang bermakna dan membawa pulang memori yang kekal terpahat di hati.
Sentiasa menambah baik mutu perkhidmatan melalui ilmu, latihan, teknologi dan budaya penambahbaikan berterusan.
Penutup

IKRAR MANHAJ SAFi

SAFi sedang dibina bukan sekadar sebagai sebuah syarikat berteraskan produk pelancongan semata-mata, tetapi sebagai sebuah organisasi yang menggabungkan keilmuan, profesionalisme, nilai-nilai Islam dan keadilan dalam muamalah.

Kami percaya bahawa perjalanan yang terbaik bukan hanya membawa manusia sampai ke destinasi yang diimpikan, tetapi membawa pulang hati yang lebih tenang, jiwa yang lebih matang, ukhuwah yang lebih erat dan kehidupan yang lebih diberkati.

"Semoga setiap langkah yang bermula bersama SAFi menjadi saksi kepada amanah yang dipelihara, manfaat yang dikongsi, ukhuwah yang diperkukuh, redha yang dikejar dan keberkatan yang terus mengalir."

Semoga setiap amanah yang dipikul menjadi ibadah, setiap manfaat yang dikongsi menjadi sedekah yang berpanjangan, dan setiap kejayaan yang diraih menjadi jalan menuju reda Allah SWT. Mudah-mudahan segala usaha kecil ini diangkat dan diterima sebagai amal soleh yang mendekatkan kita kepada redha Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,

Kami beriltizam menjadikan MANHAJ SAFi sebagai pedoman dalam setiap amanah yang dipikul, setiap keputusan yang dibuat dan setiap langkah yang diatur, demi meraih redha Allah SWT serta meninggalkan manfaat yang berpanjangan kepada umat Nabi Muhammad SAW dan masyarakat.

"Semoga setiap langkah bersama SAFi bukan sekadar meninggalkan jejak perjalanan di bumi, tetapi meninggalkan kesan kebaikan dalam hati manusia."

SAFi - We Believe to Deliver, We’ll Fly Together. InsyaAllah
Jom Sertai SAFI Sebagai Consultant!